Assalamualaikum wr wb
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan inayahnya dapat memulakan hasrat yang murni dengan merealisasikan impian tertubuhnya satu Mahad Tahfiz Al Quran pada April 2010.
Maka dengan adanya tapak yang dibeli dengan hasil sumbangan para jamaah dan ahli-ahli perniagaan maka KOMTAS dapat bergerak dan bermula dengan sejumlah 9 orang pelajar. Kini seramai 82 orang pelajar telah memulakan pelajaran di KOMTAS. Maka untuk tujuan terus maju dan memenuhi keperluan serta keselesaan pelajar KOMTAS yang asalnya rumah kayu yang sudah lama ditinggalkan telah dirobohkan pada Januari 2012, ingin dibangunkan satu Kompleks Tahfiz tiga tingkat yang lengkap Insyaallah dan dapat memenuhi keperluan 100 orang pelajar.
Projek pembangunan KOMTAS dijangka siap pada Jun 2013, kini pelajar ditempatkan di bangunan sewa dua tingkat bersebelahan dengan Masjid Nurul Amin Kg. Delek dengan sewaan RM3,000 sebulan. Maka dengan ini saya selaku Mudir KOMTAS mengajak serta mengharapkan sumbangan dan bantuan Tan Sri, Dato’, Dato, Datin, Tuan, Puan dan Para Jamaah yang dikasihi bagi merealisasikan impian murni ini. Segala keprihatinan dan sumbangan serta bantuan diucapkan jutaan terima kasih.
Bersama Membangun Generasi Al-Quran
Sekian, Terima Kasih
Ustaz Mohd Sapidin Amran